Ahad, 20 Julai 2014
#OPS CANTAS KHAS: GENG DIDI TUMPAS DI TEMERLOH
Temerloh, 19 Julai - Dua penjenayah paling dikehendaki yang dipercayai mempunyai rangkaian jenayah di beberapa negeri, mati ditembak dalam 'Ops Cantas Khas' di Jalan Kampung Bangau Tanjung dekat sini malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri
Mohmad Salleh berkata dalam kejadian berbalas tembak kira-kira pukul 10 malam
itu, seorang lagi anggota
kumpulan yang dikenali sebagai 'Geng Didi' turut cedera manakala seorang lagi
dapat melarikan diri.
"Kesemua empat suspek ini
menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu yang ditahan Pasukan
Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman berhampiran Hotel Sri
Malaysia di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan.
TAHNIAH PPM WILAYAH 2 GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DIESEL BERSUBSIDI RM494,000
Kota Tinggi, 19 – Polis Marin Pengerang berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM494,000 di perairan Pulau Lima, Sungai Rengit petang semalam.Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Kon Chiang berkata, menerusi operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya itu, pihaknya telah menahan 12 kru warga asing dan sebuah kapal yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di perairan Tanjung Surat.
Hasil pemeriksaan ke atas kapal mendapati lebih kurang 190,000 liter minyak diesel bersubsidi terdapat di dalam tangki.
Kesemua diesel termasuk sebuah kapal yang dirampas dianggarkan bernilai RM2.5juta.
Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.
Sabtu, 19 Julai 2014
SCAM ALERT: Mencari pekerjaan diluar negara
Menjanjikan pekerjaan di luar negara dengan gaji
yang lumayan merupakan sebahagian taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan
untuk menjerat mangsa yang sedang mencari pekerjaan. Bermodalkan JANJI
pekerjaan palsu, sindiket ini telah meraih keuntungan dengan mudah dan cepat.
Modus Operandi
1. Sindiket mendekati orang ramai dan menawarkan pekerjaan di
luar negara dengan menjanjikan gaji lumayan dalam mata wang asing.
2. Mangsa yang berminat dikehendaki membuat bayaran permohonan
sebanyak RM350 dan dijanjikan wang tunai berjumlah RM20,000 sebelum berlepas ke
tempat kerja (luar negara).
3. Untuk lebih meyakinkan mangsa, ahli sindiket akan meminta
mangsa menghantar beberapa dokumen seperti salinan kad pengenalan, passport,
buku akuan dan gambar berukuran passport kononnya untuk proses kemasukan.
4. Proses dan keperluan yang diminta sindiket membuatkan mangsa
merasakan tawaran tersebut adalah sahih dan mangsa hanya menyedari tertipu
apabila suspek menghilangkan diri dan pekerjaan yang dijanjikan tidak wujud.
‘ROBIN HAI’ AKHIRNYA DITAHAN POLIS SINGAPURA
Bukit Aman, 18 Julai – Penjenayah paling dikehendaki polis ‘Robin Hai’ akhirnya ditahan di Lapangan Terbang Changi, Singapura yang baru tiba dari Bangkok, Thailand dengan menaiki penerbangan Thai Airways, empat hari lalu.
‘Robin
Hai’ atau nama penuh Nyo Ah Hai merupakan antara yang dikehendaki oleh polis
INTERPOL berkaitan kesalahan curi dan lupus kenderaan curi di negara Singapura.
Pengarah Jabatan Siasatan
Jenayah, Datuk Seri Mohmad bin Salleh berkata Robin Hai menggunakan pasport
antarabangsa palsu untuk keluar/masuk negara Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)




