Khamis, 5 Februari 2015

Samun Kilang: Seorang Maut, Tujuh Lagi Diikat, Kurung Dalam Kontena

Gambar hiasan
IPOH: Seorang pemandu lori sebuah kilang membuat kabel di Taman Perindustrian Bemban dekat Batu Gajah meninggal dunia dalam kejadian samun di kilang berkenaan awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata V.Arunasalam, 62, yang berasal dari Seremban meninggal dunia akibat serangan jantung dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu.

"Tujuh pekerja serta dua pengawal keselamatan diikat dan dikurung dalam sebuah kontena.

"Suspek dipercayai terdiri daripada kira-kira 15 lelaki bersenjatakan parang," katanya.
Suspek melarikan 12 telefon bimbit, wang tunai lebih kurang RM3,500, dua televisyen LCD, set home teater dan barang kemas, yang kesemuanya merupakan milik pekerja.

Sebanyak 15 gulung kabel turut dilarikan, katanya.

Anggota Polis Rogol, Peras Ugut Pelajar


KUALA LUMPUR: Polis tidak akan bertolak ansur terhadap dua anggotanya yang didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, sekiranya disabitkan kesalahan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, dua anggota polis yang ditahan pada Ahad turut digantung kerja (digantung dengan bergaji) daripada menjalankan tugas mereka.
"Terdapat dua siasatan, satu siatan jenayah dan satu lagi siasatan disiplin.

Pasukan Keselamatan Berjaga-Jaga Terhadap Kemungkinan Serangan


KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan di negara ini berikutan laporan mengenai kematian anggota militan Zulkifli bin Hir atau Marwan di Filipina, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Kita akan berhadapan terhadap apa sahaja cara yang dilakukan militan.
"Rakyat kita juga tidak terpedaya atau terjebak dalam menyokong militan," katanya selepas melancarkan selepas majlis pelancaran dan memperkenalkan pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) musim 2015 pada Rabu.

Selasa, 3 Februari 2015

Boikot peniaga Cina: Menteri dipanggil polis

KUALA LUMPUR, 2 Februari: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang meminta orang Melayu memboikot perniagaan peniaga Cina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengambil langkah segera bagi mengelakkan daripada terjadinya ketegangan kaum.

“@PDRMsia akan panggil Menteri Pertanian untuk kita rakam percakapannya dalam isu ini. PDRM akan memastikan keharmonian kaum dihormati,” kata Khalid melalui laman Twitternya hari ini.

Isnin, 2 Februari 2015

Video tiga lelaki bersenjata rompak kedai emas di Giant



BANTING, 1 Februari: Video kejadian sebuah kedai emas di Pasaraya Giant, Banting, Selangor yang dirompak oleh tiga individu bersenjatakan tukul dan pistol yang didakwa berlaku tengah hari tadi, kini tersebar di laman YouTube.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna YouTube dengan nama ‘Don-Golok News’ , perompak terbabit turut melepaskan dua das tembakan amaran ke udara dipercayai bagi menakut-nakutkan pekerja kedai berkenaan serta orang ramai.

Penjenayah terbabit kemudiannya memecahkan cermin pameran barangan kemas dan melarikan pelbagai barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan subang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...