Sabtu, 27 Februari 2016

Daesh: Tujuh Anggota Tentera Darat Ditahan Sejak Tahun Lepas


KUALA LUMPUR: Seramai tujuh anggota Tentera Darat ditahan sejak tahun lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan militan Daesh, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Daripada jumlah itu, katanya, dua sedang menjalani hukuman penjara, dua lagi berada di bawah pengawasan polis manakala tiga lagi menunggu perbicaraan.
"Peratusan penglibatan anggota tentera dalam kegiatan militan sangat sedikit, ia tidak mencemarkan keupayaan (Tentera Darat). Hanya segelintir kecil cenderung ke arah itu.

Isnin, 22 Februari 2016

Enam Ditahan, Kereta Curi Bernilai RM1 Juta

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Polis menahan enam suspek yang aktif dalam kegiatan jenayah pecah rumah dan curi kenderaan, sekali gus menemui semula 10 kereta curi pelbagai jenis bernilai RM1 juta di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata kumpulan yang dikenali 'Geng Ah Seong' yang aktif sejak Disember lalu terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia antara 24 dan 34 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur minggu lepas.

"Polis turut menemui 10 kenderaan bernilai kira-kira RM1 juta yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.-- BERNAMA

Wanita Direman Bantu Siasatan Hina Sultan Johor Menerusi Facebook

JOHOR BAHARU, 22 Feb (Bernama) -- Seorang wanita direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung tulisan menghasut dan menghina Sultan Johor menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata wanita berumur 26 tahun itu direman sehingga Khamis ini selepas ditahan di tempat letak kereta di Jalan Sutera, di sini kira-kira 3 pagi tadi.

Katanya pelayan pelanggan (GRO) itu, yang berasal dari Pontian, ditahan selepas polis menerima laporan seorang lelaki dari Majlis Gabungan Johor pada 8.53 malam di Balai Polis Kempas di sini pada 15 Dis lepas.

Sabtu, 20 Februari 2016

Anggota Rela Rempuh Kereta SPRM Ketika Cuba Larikan Diri Daripada Ditahan

SEREMBAN, 19 Feb (Bernama) -- Bimbang ditahan selepas menerima rasuah, seorang anggota Rela yang menyamar sebagai pegawai Imigresen bertindak merempuh kenderaan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang tadi, suspek lelaki berusia 38 tahun yang menaiki Proton Wira Aeroback itu ditahan di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Seremban 2.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata suspek dipercayai telah meminta rasuah sebanyak RM2,000 bagaimanapun telah menerima rasuah sebanyak RM800 daripada seorang peniaga perabut berusia 37 tahun.

PDRM, Interpol Bekerjasama Rapat Sekat Kepulangan 132 Militan Daesh

KUCHING, 20 Feb (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama rapat dengan Interpol untuk memastikan 132 rakyat Malaysia yang menganggotai kumpulan militan Daesh di Syria dan Iraq, tidak kembali ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama ini bertujuan memastikan keharmonian hubungan agama dan kaum serta perpaduan dan kestabilan negara, tidak terancam.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...