Jumaat, 6 Mei 2016

KUIL DIJADIKAN MAKMAL MINI MEMPROSES DADAH

Ipoh, 5 Mei - Polis merampas dadah jenis methamphetamine dianggarkan bernilai RM1.14 juta dalam satu serbuan di sebuah kuil yang dijadikan sebagai makmal mini memproses dadah di Lebuhraya Ipoh-Lumut di Jelapang, di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam serbuan hasil maklumat orang awam itu, lima lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 46 tahun turut ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada 6.30 petang.

"Polis menemukan dadah jenis methamphetamine seberat empat kilogram (kg) dan cecair methamphetamine seberat 11.9 kg serta peralatan dipercayai untuk kegunaan memproses dadah antaranya dapur elektronik, bekas silinder kaca, penimbang digital, kabel elektrik bersama suis dan plug serta sarung tangan.

Khamis, 5 Mei 2016

Abu Sayyaf Dedah Video Kepala John Ridsdell Dipenggal

PETALING JAYA: Kumpulan militan Abu Sayyaf mendedahkan video seorang mangsa culik warga Kanada, John Ridsdell yang kepalanya dipenggal oleh ahli kumpulan tersebut.

Video berdurasi 52 saat itu memaparkan empat anggota kumpulan tersebut dan Ridsdell berada di dalam hutan.
Tiga ahli kumpulan tersebut dilihat memakai topeng muka manakala individu yang memenggal kepala Ridsdell tampil mendedahkan wajahnya.
Dua daripada mereka memegang mesingan.

Rekrut Baharu Askar Wataniah Diserap Ke Pasukan Briged Sempadan

KUCHING: Rekrut baharu Askar Wataniah akan diserap ke dalam pasukan 31 Briged Sempadan yang baru ditubuhkan untuk rondaan lebih ketat di sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata selain bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada generasi muda Sarawak, langkah itu juga bagi  meningkatkan keselamatan di sempadan antara Malaysia dan Indonesia, sepanjang 2,019.5 kilometer.
Sejumlah 3,250 anak watan Sarawak mendaftar untuk menjadi anggota baharu Askar Wataniah.

Rabu, 4 Mei 2016

Polis cedera direnjis asid

CHUKAI: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera di muka, telinga, bahu dan tangan dipercayai direnjis asid oleh seorang penagih dadah dalam serbuan Ops Tapis di sebuah rumah dekat Kemasik, Kemaman, pagi semalam. 

Lans Koperal Mohd Haikal Zaharuddin, 27, ketika itu dikatakan menyertai Ops Tapis bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kemaman sebelum diarahkan untuk menahan seorang lelaki yang cuba melarikan diri dari rumah terbabit.

Penjenayah gagal larikan wang selepas letup mesin ATM

BENTONG - Dua penjenayah gagal melarikan sejumlah wang selepas meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan bom buatan sendiri di sebuah bank di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, suspek yang memakai topeng muka dan bersenjatakan parang dikatakan cuba meletupkan mesin ATM itu dengan meletakkan bom dipercayai buatan sendiri di bahagian tempat penyimpanan wang.
Bagaimanapun jurucakap polis ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, bom berkenaan gagal memecahkan mesin terbabit.

Difahamkan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bank berkenaan bagi mengenal pasti suspek. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...