Isnin, 20 Jun 2016

JAM MEWAH HILANG DI BELGIUM DITEMUI DI MALAYSIA

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui semula tiga daripada 93 utas jam tangan mewah jenama Audemars Piguet (AP) yang dirompak di Brussels, Belgium ekoran tertangkapnya empat lelaki termasuk pemilik sebuah kedai jam di Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.

Tangkapan dan penemuan semula barang curi yang dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit itu diyakini akan merungkaikan kes kehilangan jam mewah di Belgium dua tahun lepas.

Sumber : Kosmo


WUJUD KUMPULAN JALANKAN KEGIATAN PENGIRING HARAM

Kuala Lumpur, 19 Jun - Beberapa kumpulan yang menjalankan perkhidmatan mengiring kenderaan secara haram dikesan aktif di ibu kota dengan sebahagian mereka bertindak berani menyamar sebagai anggota trafik.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Nadzri Hussain berkata kegiatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan dengan bayaran serendah RM300 untuk setiap perjalanan.

"Menurut maklumat risikan serta soal siasat terhadap suspek yang pernah ditahan, bayaran yang mereka peroleh sangat lumayan.

Ahad, 19 Jun 2016

Terima kasih kepada PDRM kawal keselamatan sepanjang PRK

KUALA KANGSAR, 18 Jun: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pegawai dan anggota polis yang berjaya mengawal keselamatan sepanjang tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar, Selangor, sejak hari penamaan calon 5 Jun lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun bertugas semasa bulan Ramadan, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka memastikan kelancaran proses kempen kedua-dua PRK itu.
“Tahniah kepada pegawai dan anggota PDRM, mudah-mudahan tiada insiden yang berlaku hari ini (hari pengundian),” katanya.

Rabu, 15 Jun 2016

Lelaki Parah Ditetak Abang Kandung

Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki cedera parah di tangan, dada dan perut selepas dipercayai ditetak dengan pisau oleh abang kandungnya di Jalan Tanjung Bendahara, di sini, Selasa. 

Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 12.10 tengah hari daripada jiran mangsa yang memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan dua beradik berkenaan. 

SPRM tahan pegawai kastam minta rasuah dari nelayan

KANGAR 14 Jun - Dua pegawai Jabatan Kastam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis selepas disyaki meminta rasuah daripada seorang pemilik bot di Kuala Perlis, semalam.

Pengarahnya, Yaakob Angah berkata, seorang lelaki awam turut ditahan di rumahnya di Kuala Perlis kerana disyaki bersubahat dengan pegawai kastam berkenaan, hari ini.

Menurutnya, pegawai-pegawai kastam berumur dalam lingkungan 40-an itu didakwa meminta RM4,000 daripada pemilik bot terbabit supaya dilepaskan daripada didakwa membawa stok diesel berlebihan untuk diseludup ke negara jiran pada Ahad lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...