Ahad, 15 Disember 2019

SEMANGAT SANG SAKA BIRU MEMBARA DI KALA HUJAN - SYABAS


JEMPOL, 14 DISEMBER 2019 - Hujan lebat yang membasahi padang kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Air Hitam, di sini, pagi tadi tidak menghalang 990 pelatih konstabel menjayakan Majlis Tamat Latihan Konstabel Lelaki Siri 5/2019.
Lebih bermakna lagi, ia seolah-olah 'hujan rahmat' buat tiga daripada mereka yang dinobatkan pelatih terbaik latihan, selepas menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang enam bulan menjalani Program Asas Kepolisan (PLAK) di pusat latihan tersebut.
Konstabel Muhammad Shafik Mushtareh, 23 tahun terpilih sebagai penerima Anugerah Terbaik Latihan Luar, Anugerah Terbaik Akademik pula menjadi milik Konstabel Muhammad Izzat Zulhilmi Zulkifli, 26, manakala Anugerah Terbaik Keseluruhan disandang oleh Konstabel Amos Borine, 27 tahun.
Ketiga-tiga anugerah tersebut disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, CP Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang turut menyempurnakan majlis penuh adat istiadat kepolisan itu.
Datuk Mohd Khalil telah diiringi Komandan PULAPOL Air Hitam, ACP Ali Ahmad sepanjang majlis berlangsung.
Kesemua pelatih tersebut telah menjalani PLAK bermula 16 Jun lalu yang meliputi pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti latihan kawad, jasmani, menembak, kelas undang-undang serta kerohanian.
Ia bertujuan membentuk keperibadian para pelatih agar bersedia dari segi fizikal dan mental apabila memulakan tugas sebagai anggota polis kelak.
Bagi siri PLAK kali ini, seramai 24 PELATIH MERUPAKAN GRADUAN IJAZAH SARJANA MUDA, 240 MEMILIKI DIPLOMA, 99 mempunyai Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan selebihnya adalah lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Turut berlangsung petang semalam ialah Majlis Dialog Pelatih PLAK bersama Datuk Mohd Khalil di Dewan Perdana PULAPOL Air Hitam dengan perkongsian lebih 35 tahun pengalaman beliau mencurahkan khidmat bakti dalam Pasukan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN, Bukit Aman, DCP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, barisan pegawai kanan polis, ahli keluarga para pelatih serta rakan media.

Isnin, 14 Oktober 2019

TINDAKAN TEGAS AGUNGKAN KUMPULAN PENGGANAS: KPN


KUALA LUMPUR - POLIS MENEGASKAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PERBUATAN MENGAGUNGKAN KUMPULAN PENGGANAS DI NEGARA INI.

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video membabitkan seorang pemimpin negeri ini yang menghadiri satu program membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di ibu negara selain beberapa keping gambar menunjukkan beberapa individu berarak dengan bendera pertubuhan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, video yang tular di media sosial itu sudah lama berlaku.
"Perkara ini sudah diangkat kepada pihak atasan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan keputusannya akan dibuat dalam sedikit masa lagi kerana sekiranya benar mereka mengagungkan pertubuhan pengganas luar negara ia amat tidak kena dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

"Saya juga akan ambil tindakan sewajarnya dan banyak lagi kes bukan sekadar kes ini sahaja di mana TIADA LAGI AMARAN diberikan," katanya dalam sidang akhbar selepas Sesi Konsultasi dan Lawatan Menteri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang ke Balai Polis, Lokap dan Kuarters PDRM Bagi Zon Tengah di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff.

Tambah Abdul Hamid, beliau turut mengingatkan tiada lagi amaran membabitkan kes-kes sebegini dan tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang menimbulkan isu menghasut, perkauman, keagamaan dan mencemarkan instisusi raja.

Katanya, pihaknya akan bertindak adil dalam isu ini.

Rujukan Artikel Penuh : KLIK DISINI

Khamis, 10 Oktober 2019

TINDAKAN YANG CUKUP BIJAK UNTUK MENYELAMATKAN NEGARA


DUA ADUN ANTARA TUJUH DITAHAN DISYAKI TERLIBAT LTTE- AYOB KHAN

KUALA LUMPUR, 10 Okt -- Dua ahli dewan undangan negeri (ADUN), masing-masing DARI MELAKA DAN NEGERI SEMBILAN adalah antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan KUMPULAN HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE).

Penahanan kesemua mereka dibuat dalam operasi polis Bukit Aman di Melaka, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan bermula pukul 9 pagi ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua tujuh suspek yang ditahan berada dalam pemantauan polis sejak November lepas.

“Ada pihak-pihak tertentu dari luar cuba mengaktifkan LTTE di negara ini... kami ambil tindakan untuk tangkap kerana kami tidak mahu biarkan mereka berkembang,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata secara keseluruhan seramai 25 individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan LTTE di negara ini sejak 2009.

Rujukan: hKLIK DISINI

Isnin, 30 September 2019

KPN JANGAN SIBUK DENGAN POLITIK - TENGOK MASALAH DALAMAN PDRM


SEREMBAN - Seramai 142 ANGGOTA POLIS DIKESAN POSITIF DADAH dalam saringan awal menerusi Op Blue Devil yang dijalankan di setiap kontinjen bermula 13 Ogos lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, operasi berkenaan tidak pernah dihentikan dan pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan secara berterusan serta menyeluruh.

“Kita tidak akan hentikan (Op Blue Devil) kerana pucuk pimpinan (Polis Diraja Malaysia) berhasrat untuk membersihkan PDRM ini daripada gejala tidak sihat khasnya dadah.
“Kita tidak boleh ada pegawai polis yang ada ‘BRAIN DISEASES’ dalam PDRM, pasukan PDRM mesti bersih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Mohd Khalil berkata, sehingga tempoh ini tiada pegawai berpangkat tinggi yang dikesan positif dadah.

“Apabila disebut saringan awal bermakna positif awal. Semua daripada 142 tadi, kita akan tuduh jika laporan daripada patologi positif.

“Tindakan yang kita ambil adalah sama seperti tindakan yang kita ambil kepada orang awam. Tiada perbezaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khalil berkata, PDRM tidak mempunyai sebarang halangan mengenai dasar ‘decriminalisation’ terhadap penagih dadah yang hendak dilaksanakan kerajaan.

Menerusi dasar itu, penagih dadah tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah sebaliknya memerlukan rawatan dan pemulihan yang melibatkan rawatan dalam komuniti dengan memperkasakan peranan anggota keluarga dan masyarakat.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

Ahad, 1 September 2019

INSIDEN TEMBAKAN RAMBANG BERLAKU LAGI DI TEXAS


TEXAS 1 Sept. - Sekurang-kurangnya lima orang terkorban dalam satu insiden tembakan rambang di negeri ini.

Lapor BBC, seorang lelaki menembak ke arah orang ramai ketika memandu di bandar Odessa dan Midland pada tengah hari semalam.
Jurucakap polis turut mengesahkan sekurang-kurangnya 30 lagi cedera dan beberapa anggota polis antara yang tercedera.
Polis juga mengesahkan suspek ditembak mati namun laporan mengenai terdapat seorang lagi suspek yang masih bebas, sedang disiasat.
Motif kejadian juga masih disiasat. - AGENSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...