Khamis, 10 Mei 2012

Dadah bernilai lebih RM16,000 dirampas


GEORGETOWN - Polis berjaya membongkar sebuah lagi makmal memproses dadah di negeri ini dan menahan sepasang kekasih dalam serbuan di sebuah rumah papan di Jalan Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, polis turut merampas 403 gram dadah dipercayai jenis heroin dan 1,388 gram kafein bernilai lebih RM16,000 dan pelbagai bahan kimia serta beberapa peralatan memproses dadah.
"Semasa serbuan pada pukul 11.30 malam itu, lelaki berusia 50 tahun dan teman wanitanya yang berusia 20 tahun sedang berehat di ruang tamu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit mempunyai enam rekod jenayah lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya.
"Berdasarkan kepada kuantiti dadah yang dihasilkan, polis yakin ia untuk pasaran tempatan,” katanya. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...