Selasa, 22 Mei 2012

Polis Terengganu lancar unit ronda berbasikal


KUALA TERENGGANU 21 Mei - Polis Terengganu hari ini melancarkan unit ronda berbasikal polis pelancong bagi menjalankan rondaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di negeri ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, antara lokasi yang dironda unit itu ialah Pantai Batu Buruk, Taman Tamadun Islam dan Pasar Payang.

"Sebelum ini kita menggunakan motosikal, berkereta dan berjalan kaki untuk membuat rondaan di kawasan tumpuan pelancong.

"Saya percaya kehadiran anggota polis dengan berbasikal akan memudahkan orang awam terutama pelancong yang mengalami kesulitan mendapatkan maklumat atau bantuan," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...