Isnin, 18 Jun 2012

Inspektor PDRM Dituduh Terima Rasuah


BUTTERWORTH - Seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berpangkat Ketua Inspektor hari ini telah dituduh menerima suapan daripada individu yang mempunyai hubungan secara langsung dengan tugas rasminya.


Kesalahan berkenaan dilakukan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh, Nazri Bin Ismail, 52 tahun, telah menerima untuk dirinya satu benda berharga iaitu wang tunai RM300.00 tanpa balasan munasabah daripada Kumaran a/l Munusamy yang sedang mempunyai hubungan secara langsung dengan tugas rasminya.

Kesalahan itu telah dilakukan pada 7 Oktober 2011 di Bilik Ketua Balai Polis, Balai Polis Machang Bubok, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. 

Tertuduh tidak mengaku salah terhadap pertuduhan dan minta untuk dibicarakan. Hakim Mahkamah Sesyen 4, Y.A. Ikmal Hishan Bin Mohd Tajuddin, telah menetapkan wang jaminan sebanyak RM 5,000.00 dengan seorang penjamin dan memutuskan tarikh sebutan pada 25 Mei 2012.

Pendakwaan telah dijalankan oleh Pengawai Pendakwa, Mohd Firdaus Bin Sekman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang manakala tertuduh diwakili oleh Rosli Bin Ismail.

Bagi kesalahan  di atas , seseorang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 14 hari hingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah suapan atau RM 10, 000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...