Rabu, 11 Julai 2012

Kegiatan Mencuri Kepala Paip di Masjid Berleluasa ???



36 kepala paip hilang diganti baru


KUANTAN - Pengurusan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Semambu, di sini, boleh menarik nafas lega apabila kepala paip yang hilang dipercayai dicuri sudah digantikan kontraktor yang bertanggungjawab.

36 kepala paip hilang diganti baru
Sebelum itu, pada 7 Jun lalu, penduduk dan jemaah masjid terbabit gempar selepas 36 kepala paip di tempat wuduk lelaki hilang walaupun baru empat hari tempat tersebut dibaik pulih.

Jemaah hanya sempat menggunakan kemudahan itu ketika solat Jumaat sebelum 36 daripada 50 kepala paip yang baru dipasang dicuri.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Semambu, Ramli M Taib berkata, penggantian kepala paip itu dibuat oleh pihak kontraktor selepas empat hari kejadian itu berlaku.

Menurutnya, penduduk Taman RRM Semambu Baru dan sekitarnya bersyukur serta gembira dengan penggantian tersebut.

“Namun selepas kejadian ini, kita sudah mengambil langkah keselamatan dengan menguncinya dan hanya dibuka oleh siak lima minit sebelum waktu solat.

“Kita berharap penduduk dan pengguna memahami kesulitan ini untuk mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau ditemui ketika kunjungan dan program gotong-royong bersama Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof, di sini, semalam.

Sementara itu, Mohd Hazmi berharap langkah keselamatan yang diambil pihak pengurusan masjid terbabit dapat mengelakkan kecurian.

Menurutnya, jemaah perlu menggunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin, selain peka dengan sebarang tindakan mencurigakan di masjid dan kawasan sekitarnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...