Khamis, 5 Julai 2012

PERANG BESAR-BESARAN TERHADAP AWANG HITAM BARU LUMPUH AKTIVITI JENAYAHNYA ???


20 Awang Hitam diberkas - perang besar-besaran perlu dijalankan agar awang hitam takut untuk menjadikan Malaysia sebagai 'MARKAS JENAYAH'

SHAH ALAM 3 Julai - Polis percaya telah melumpuhkan sindiket penipuan internet membabitkan kerugian RM15.98 juta sejak tahun lalu dengan tertangkapnya 20 Awang Hitam dalam 20 serbuan di dua buah kondominium di Petaling Jaya, di sini awal pagi ini.

Kesemua Awang Hitam itu ditahan bagi membantu siasatan selepas 371 laporan polis yang kebanyakannya dibuat oleh wanita-wanita yang kerugian wang sehingga ratusan ribu ringgit selepas terjerat dengan godaan cinta palsu mereka di Internet.

Turut ditahan bersama kesemua Awang Hitam itu ialah enam wanita tempatan.

Awang Hitam terbabit antaranya berasal dari Nigeria, Cameroon, Somalia, Sierra Leone serta New Zealand dan masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.

Polis juga merampas 25 unit komputer riba dan sejumlah buku akaun yang merupakan bahan bukti semasa serbuan itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, serbuan yang dinamakan Ops Tiong itu dibuat dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Imigresen.

Beliau berkata, kesemua 20 Awang Hitam dan enam wanita tempatan terbabit itu ditahan bagi membantu siasatan 371 laporan kerugian yang diterima daripada mangsa penipuan Internet.

Beliau menjelaskan, sebanyak 268 laporan yang membabitkan kerugian RM6.7 juta diterima tahun lepas dan 103 laporan lagi (RM9.28 juta) dibuat tahun ini.
"Siasatan mendapati anggota sindiket itu akan menyamar dengan meletakkan gambar lelaki kacak di Internet bagi menjerat wanita.

"Selepas berjaya memperdaya mangsanya, mereka akan berpura-pura mengalami masalah membawa masuk barangan berharga seperti emas dan meminta bantuan kewangan daripada mangsa terbabit dengan janji akan membayarnya selepas mendapat pelepasan Kastam.

"Mereka juga akan mengupah seorang warga tempatan yang boleh bercakap Melayu menjadi pegawai Kastam untuk meyakinkan mangsanya dan selepas wang diperoleh mereka akan menghilang," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Selangor, di sini petang ini.

Tambah Tun Hisan, kesemua wang yang diberikan oleh mangsa akan dimasukkan ke dalam akaun bank tempatan milik rakan subahat mereka atau akaun luar negara dan berdasarkan laporan seorang mangsa pernah kerugian sehingga RM150,000 kerana terpedaya dengan cinta Internet Awang Hitam itu.
"Kita kini menyiasat lebih lanjut kesemua suspek berusia 20 hingga 35 tahun mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya juga ingin menasihatkan agar semua pihak terutamanya wanita tidak terpedaya dengan penipuan seperti ini dan segera membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat," katanya.

Dalam kejayaan lain, katanya, pihaknya turut menahan 18 Awang Hitam dengan 15 daripadanya melakukan kesalahan Imigresen dan tiga lagi melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dalam Ops Tiong yang bermula pukul 11.30 malam tadi hingga pukul 3 pagi ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...