Sabtu, 7 Julai 2012

SENJATAPI HARAM DI MALAYSIA KIAN MEMBIMBANGKAN ???


KUALA LUMPUR - Polis merampas empat pucuk pistol dan 697 peluru dalam serbuan narkotik di sebuah rumah di Hulu Gombak semalam, kata polis.
Serbuan pada pukul 2 petang itu turut menyaksikan empat lelaki ditahan dan sebanyak 140 pil eramim 5 dirampas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata mereka yang ditahan berusia antara 34 dan 60 tahun dengan seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah, antaranya samun berkawan dan dadah
"Mereka pada awalnya ditahan kerana disyaki memiliki 140 pil dadah Eramin 5 tetapi setelah menggeledah rumah itu, polis menemui empat pistol semi-automotik jenis Glock, Smith and Wesson, dan Browning, peluru dan satu penyerap bunyi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noor Rashid berkata polis masih menyiasat tujuan mereka menyimpan pistol dengan sejumlah peluru yang banyak itu.
Beliau berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...