Isnin, 27 Ogos 2012

Kecuaian bank ATM dirompak

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Sikap sambil lewa pihak bank yang melantik syarikat keselamatan tidak bertauliah untuk mengambil pengawal keselamatan turut meningkatkan risiko rompakan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE), J. Solomonberkata, bank sepatutnya memeriksa latar belakang pengawal keselamatan yang diambil bekerja dan bukannya menyerahkan tanggungjawab itu kepada syarikat keselamatan semata-mata.

"Kecuaian ini mungkin terjadi apabila pihak bank terlalu mengutamakan soal keuntungan sehingga mengabaikan soal keselamatan yang menjadi punca kejadian samun wang di mesin ATM," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kejadian rompakan di mesin ATM yang semakin meningkat sejak-sejak akhir ini termasuk yang terbaru di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini, pada 19 Ogos lalu membabitkan kerugian bernilai lebih RM200,000.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...