Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Rabu, 1 Ogos 2012

Pengurus ladang ditemui mati ditembak


Gambar hiasan

KOTA BHARU 31 Julai - Seorang pengurus ladang ditemui mati dengan kesan tembakan di bawah mata kiri sehingga menembusi belakang kepala, di hadapan rumah kongsinya di Ladang Getah Dhuha (1) Jeli, kira-kira satu kilometer dari sempadan Thailand, malam tadi.

Mangsa iaitu Pengurus Ladang Gemang 5, Tuan Asmadi Tuan Ya, 38, dikatakan keluar dari rumahnya untuk mengambil telefon bimbit sebelum ditembak oleh dua lelaki dipercayai dari arah semak berhampiran.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, isteri mangsa yang menyedari kejadian tersebut selepas mendengar bunyi letupan kuat kira-kira pukul 11.30 malam, terus menyembunyikan diri bersama anaknya di semak berhampiran kerana terlalu takut.

"Semasa kejadian mangsa berdiri di luar rumah kongsi di mana terdapat kesan lubang tembakan pada dinding rumah yang menembusi tiga buah bilik dalam rumah kongsi tersebut.

"Pihak polis menemui kepala peluru dalam bilik itu yang berbentuk tirus manakala kelongsongnya ditemui di kawasan semak berhampiran dalam jarak 35.3 meter dari tempat mayat ditemui," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...