Isnin, 24 September 2012

iranku, keluargaku perangi jenayah setempat


KUALA TERENGGANU – Masyarakat diingatkan sentiasa mengamalkan sikap ‘Jiranku, Keluargaku’ dalam usaha memerangi jenayah terutamanya melibatkan kes pecah rumah.

Malah, tindakan penjenayah yang menukar ‘operasi’ mereka pada siang hari memandangkan pada waktu itu, kebanyakan orang keluar bekerja seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak.

Sehubungan itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gong Baru, mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat, perlunya hubungan erat sesama jiran bagi sama-sama menjaga keharmonian dan keselamatan kediaman masing-masing.

“Alhamdulillah, melalui penerapan nilai jiranku, keluargaku ini, ia dilihat banyak memberi kesan positif, di mana masing-masing lebih bersikap peka dengan keadaan sekeliling.

“Ini kerana, penjenayah hari ini semakin bijak dalam mengatur langkah untuk melakukan jenayah di siang hari memandangkan pada waktu malam kawasan kampung dipantau oleh unit Skim Rondaan Sukarela (SRS),” katanya ketika ditemui pada Program Tatacara Pengendalian Kes Jenayah Bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Rumah Komuniti Teratak Desa, di sini.

Sementara itu, turut hadir dalam program anjuran bersama KRT, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)Komuniti 1 Malaysia dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) adalah Ketua Balai, Balai Polis Kuala Terengganu, Nizam Johari, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu, Hasrol Nizam Ahmad dan wakil AADK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...