Selasa, 25 September 2012

Shahrizat minta peruntukan lebih untuk PDRM tangani jenayah seksual

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Wanita Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan menambah peruntukan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Belanjawan 2013 bagi membolehkan pasukan itu memperkukuhkan siasatan berhubung jenayah seksual, keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak. 

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perhatian perlu diberi kepada usaha melatih lebih ramai pegawai penyiasat serta menaik taraf penyelidikan dan pembangunan, terutama peralatan terkini untuk siasatan forensik. 

Dalam kenyataan hari ini, beliau juga menyarankan penubuhan pasukan polis awam selain meningkatkan rondaan berkereta dan penambahan kamera litar tertutup (CCTV). 

Belanjawan 2013 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini di Parlimen. - BERNAMA 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...