Khamis, 13 September 2012

‘Vertical Policing’ perlu diikuti di negeri atau daerah lain


Polis naik setiap blok

AMPANG: Menyedari kepentingan keselamatan penduduk di Ampang Jaya, anggota polis dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan ‘Vertical Policing’ iaitu rondaan di bangunan tinggi seperti diperkenalkan Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lapan balai polis dalam pentadbirannya sudah menjalankan rondaan itu sejak awal bulan lalu secara berperingkat.


Menurutnya, program itu bertujuan mengekang jenayah di kawasan perumahan seperti kondominium, pangsapuri dan flat.



Berikutan itu, Balai Polis Ampang kelmarin melaksanakan program berkenaan di Pangsapuri Astaria di Taman Kosas, di sini, yang disambut baik penduduk pangsapuri itu.

Rondaan diketuai Ketua Polis Balai Ampang, Cif Inspektor Norazman Zakaria bermula jam 5 petang sebagai pengenalan awal supaya orang ramai faham mengenai program itu, sekali gus dapat membantu membanteras jenayah serta menurunkan indeks jenayah.



Amiruddin berkata, setiap balai sudah melaksanakan program terbabit secara berperingkat membabitkan lebih 200 bangunan.




“Sebelum ini, polis hanya melakukan rondaan di kawasan sekitar dan bawah bangunan. Melalui program itu, polis akan menjalankan rondaan dengan naik ke atas setiap blok. “Rondaan terbabit dilakukan setiap hari mengikut jadual ditetapkan dan berterusan,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...