Khamis, 28 Mac 2013

Mayat lelaki mati ditikam dalam sungai

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 26 Mac - Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan luka di belakang badan dipercayai akibat ditikam bertubi-tubi ditemui di sebatang anak sungai di Jalan Bukit Belacan, Ampang dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin (gambar) berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang melalui jalan berhampiran sungai itu kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beliau berkata, mayat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, berusia lingkungan 30-an dan mirip warga asing itu hanya memakai seluar panjang semasa ditemukan.

Polis juga tidak menemukan sebarang senjata digunakan untuk menyerang mangsa di sekitar tempat kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurut Amiruddin, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya mangsa mati pada malam tadi.

Beliau berkata, polis sedang melakukan siasatan lanjut terhadap kejadian ini bagi memastikan sama ada mangsa ditikam atau sebaliknya.

Katanya, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...