Ahad, 7 April 2013

LAPAN CEDERA TERKENA TEMBAKAN RAMBANG - WOW NAK NAK JADI SPT AMERIKA SYARIKAT KE?

Gambar hiasan

Johor Bahru, 6 April - Lapan orang yang sedang menikmati makanan di sebuah restoran di Jalan Dedap, Johor Jaya, di sini cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan tiga lelaki bertopeng dalam kejadian hari ini.

Ketika kejadian 1.30 pagi itu, kesemua mangsa sedang duduk di sebuah meja bulat mencuba resipi baharu yang diperkenalkan pemilik restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainudin berkata secara tiba-tiba tiga lelaki bertopeng melepaskan tembakan daripada kereta yang mereka naiki.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan suspek berjaya melarikan diri sejurus selepas melepaskan tembakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan itu, katanya satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata kesemua mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail di sini.- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...