Khamis, 25 April 2013

PESERTA MISS WORLD INDIA PELAJARI SENI PERTAHANKAN DIRI


Selangor, 24 April - Seramai 39 peserta Miss World India 2013 daripada pelbagai negara berpeluang mempelajari seni mempertahankan diri di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor (IPK) dalam rangka lawatan mereka ke Malaysia selama 8 hari bermula pada 20 April lalu.

IPK Selangor dipilih untuk mengadakan program Crime Awareness: Women Self Defence dimana acara tersebut adalah julung kali diadakan dalam pertandingan Miss World India yang dianjurkan oleh Paramount Entertainment Sdn Bhd.

Program tersebut telah memberi impak yang positif dimana para peserta dan tetamu yang hadir berpeluang mengetahui dan mempelajari beberapa kaedah untuk melepaskan diri daripada kejadian ragut, samun dan rogol.

Dalam ucapan aluan Ketua Polis Selangor telah memetik kata-kata Aristotle iaitu ‘Excellence is an art won by training and habituation. We do not act because we have virtue or excellence, but we rather those because we have acted rightly. We are what we repeatedly do. Excellence then is not an act but a habit’.

Selain itu, beliau turut menyifatkan penjenayah mempunyai profil sistem tersendiri sebelum mencari mangsa. Oleh yang demikian, kaum wanita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mewujudkan peluang untuk mengelak, melarikan diri dan melawan penjenayah dengan mempelajari seni mempertahankan diri.

Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Gasing, Eric Chew turut tidak ketinggalan memberikan sedikit taklimat berkaitan aktiviti masyarakat setempat dalam membantu pihak polis membanteras jenayah.

Seramai 250 tetamu hadir di Mess Pegawai IPK Selangor bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap program keselamatan wanita yang dianjurkan. 

Turut hadir dalam majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Selangor, SAC Dato’ A. Thaiveegan, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, ACP Sasikala wakil AMANITA, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), dan beberapa warga kerja IPK Selangor khususnya wanita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...