Rabu, 1 Mei 2013

DOAKAN SEMUGA SUPT RAZALI SERTA ANAK2 CEPAT SEMBOH

AL-FATIHAH - UNTUK ISTERI DAN DUA ORANG ANAK SUPT RAZALI.

30 April 2013, Dalam kesibukan tugas membuat tinjauan persiapan Pilihanraya Umum ke -13 di Kontinjen Terengganu, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, Yang Berbahagia Puan Sri Datin Sri Imran Binti Ibrahim telah sempat untuk meluangkan masa melawat pegawai yang terbabit dalam kemalangan di Wakaf Tapai iaitu Supt. Haji Ghazali Bin Haji Daud, Urusetia Bahagian Agama dan Kaunseling Bukit Aman bersama naknya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Dalam kemalangan itu telah mengakibatkan isteri dan dua orang anaknya maut. Seluruh warga Kontinjen Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga Supt. Haji Ghazali dan mendoakan agar beliau dan anak-anaknya cepat sembuh. Hadir sama dalam lawatan tersebut YDH Dato’ Haji Jamshah Bin Mustapa, Ketua Polis Terengganu dan YDH Dato’ Hamzah Bin Md. Jamil, Timbalan Ketua Polis Terengganu bersama isteri Y.Bhg Datin Azaha Binti Mohd Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...