Jumaat, 17 Mei 2013

Penyamun serbu tengah hari

Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang suri rumah kerugian lebih RM20,000 apabila rumahnya di Wangsa Melawati, di sini, diceroboh tiga lelaki bersenjatakan parang ketika sedang berehat di ruang tamu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 52 tahun berada di rumah seorang diri apabila tiga lelaki bertopeng menyerbu masuk mengacukan parang ke arahnya.
Menurut sumber, seorang daripada lelaki itu bertindak menjaga mangsa manakala dua rakannya menggeledah seluruh rumah.

“Lelaki terbabit memaksa mangsa menunjukkan tempat semua barangan kemas miliknya disimpan sambil mengugut mencederakan wanita itu dengan parang.
“Takut dengan ugutan itu, mangsa menyerahkan wang tunai RM4,000, beberapa barangan kemas, jam tangan, telefon bimbit dan barangan berharga lain bernilai lebih RM20,000,” katanya.

Menurutnya, sebaik mangsa menyerahkan semua barangan itu, lelaki terbabit melarikan diri menaiki kereta di luar rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...