Rabu, 9 Julai 2014

MAYAT BAYI DITEMUI DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI TAWAU

Gambar hiasan
Tawau, 8 Julai - Mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di kawasan tapak pelupusan sampah Bukit Gemuk, Jalan Bombalai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata mayat ditemui kira-kira pukul 11.40 pagi oleh seorang pekerja di tapak pelupusan sampah berkenaan.


"Pekerja tersebut menemui mayat bayi yang tidak berpakaian dan masih mempunyai tali pusat dalam sebuah kotak ketika dia sedang mengorek sampah untuk mencari bahan-bahan yang masih boleh digunakan.

"Mayat bayi itu dipercayai baru diletakkan di lokasi itu berdasarkan keadaan mayat yang tidak mempunyi kesan kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat telah dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempuyai maklumat tentang kes itu agar menghubungi mereka.- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...