Selasa, 1 Julai 2014

PISAU 'RAMBO SPIDERMAN' MECEDERAKAN KOPRAL

Gambar Hiasan
IPOH - Seorang koperal polis cedera di tangan akibat terkena pisau 'rambo' ketika bergelut dengan seorang suspek yang dipercayai mencuri kabel di Taman Seri Botani di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, suspek itu berusia 31 tahun yang dipercayai anggota kumpulan 'Spiderman' ditangkap ketika memanjat tangga menara pencawang telekomunikasi milik sebuah syarikat di kawasan berkenaan pada pukul 11.45 malam, 26 Jun lepas.
"Suspek tidak bekerja dari Chenderiang itu mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau iaitu dua kes curi, satu kes ugutan dan tiga kes melibatkan dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, polis menahan seorang lagi suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Kelantan di Pekan Razaki di sini pada keesokan harinya susulan penangkapan suspek pertama.
Tambahnya, suspek kedua juga mempunyai rekod jenayah lampau iaitu satu kes curi dan empat kes dadah. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...