Selasa, 29 Julai 2014

ROMPAK BANK MENGGUNAKAN BOM


Hulu Selangor: Sebuah bank musnah akibat dibom sekumpulan penjenayah yang cuba menyamun bank terbabit di Bukit Beruntung, di sini, 5 pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (Risikan dan operasi) Asisten Komisioner Roslan Radzi berkata, dalam kejadian itu bank terbabit dipercayai dibom menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

"Siasatan awal polis mendapati dua bom dipasang di kawasan kaunter pengeluaran wang yang mana salah satu bom itu telah meletup manakala satu lagi tidak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya, bagaimanapun wang tunai di mesin ATM terbabit dipercayai tidak dilarikan penjenayah.

Roslan berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan kumpulan suspek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...