PETALING JAYA:
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah kedai tom yam di Puchong yang
menjadikan dapurnya tempat memproses air daun ketum (Klik) dengan penahanan empat
lelaki warga Thailand pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata dalam serbuan pada kira-kira 9.00 pagi itu, suspek yang berusia lingkungan 19 hingga 26 tahun leka bersembang di pangkin belakang kedai tanpa menyedari kehadiran pihak polis.

Beliau berkata mereka dipercayai bekerja
di kedai itu sejak seminggu lepas dan selepas diperiksa, polis menjumpai dan
merampas 15 liter air daun ketum serta dua kilogram daun ketum yang dipercayai
diseludup dari luar negara.
Pemeriksaan juga mendapati mereka tidak
memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.
"Siasatan awal mendapati air daun
ketum itu dipercayai untuk dijual di sekitar Puchong Permai dengan harga RM10
sepaket," katanya sambil menambah polis masih menyiasat dan mengesan
pemilik premis berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (pindaan 1980).
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (pindaan 1980).