Isnin, 22 September 2014

Polis memburu lebih 40,000 samseng di seluruh negara


Johor Bahru: Polis memburu lebih 40,000 samseng di seluruh negara yang menganggotai 72 pertubuhan haram yang dipercayai menjalankan pelbagai jenayah samun, bunuh dan sindiket pengedaran dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sebahagian individu yang dipercayai menjadi anggota kumpulan seperti geng 36, 21, 04 berjaya ditahan dengan pelbagai senjata api turut dirampas.

"Polis akan mempertingkatkan operasi untuk memburu saki-baki ahli kumpulan serta dalang geng-geng ini bagi membanteras jenayah gangsterisme, kongsi gelap dan sebagainya.
"Walaupun mencabar, kami percaya polis dapat menahan mereka yang mana ada antara mereka sudah dikenal pasti," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.
Beliau berkata, 49 daripada 72 kumpulan itu sudah diwartakan sebagai pertubuhan haram oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), manakala 23 lagi di dalam proses untuk digazetkan sebagai tidak sah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...