KEPALA
BATAS: Empat penjenayah bertindak melarikan van kilang dipandu seorang lelaki
yang sebelumnya membantu mereka yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Lahar
Minyak, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Sebelum kejadian, suspek dikatakan baharu sahaja menyamun
seorang wanita di Bandar Putra, Bertam, sebelum melarikan diri dengan menaiki
Perodua Kelisa namun kenderaan itu terbabas ketika sampai di lokasi kejadian.
Pemandu van berusia 38 tahun bersama orang awam yang
melihat kemalangan itu membantu suspek dan membenarkan mereka berehat dalam
kenderaan dipandunya itu.
Suspek bagaimanapun melarikan diri menggunakan van
berkenaan ketika pemandunya dan orang awam sedang leka melihat kerosakan pada
kenderaan yang terbabas.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU), Asisten
Komisioner Abdul Rahman Ibrahim, mengesahkan kejadian dan usaha mengesan suspek
giat dijalankan.