Khamis, 11 September 2014

Isu Bawa Keluar Sabah Dari Malaysia: 3 Lelaki Ditahan 2 Tahun


KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang dikaitkan dengan usaha pihak tertentu membawa keluar Sabah dari Malaysia telah diperintahkan menjalani tahanan di pusat pemulihan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata ketiga-tiga individu terbabit adalah dua warga Malaysia, Abu Bakar Jayari dan Zainuddin Mislani dan seorang pendatang tanpa izin warga Filipina, Kassim Ibrahim.

"Di samping itu, mereka juga dipercayai merekrut anggota baharu untuk menyertai kumpulan berkenaan sebagai persiapan awal menuntut Sabah bagi pihak Kesultanan Sulu," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.Menurutnya perintah menjalani tahanan itu berkuat kuasa semalam dan ia dilakukan mengikut Seksyen 19A Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297).

Katanya ketiga-ketiga individu itu ditahan polis pada 22 Julai lepas kerana disyaki menyertai kumpulan Kesultanan Sulu, sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang bagi tujuan membawa keluar Sabah dari Persekutuan Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...