GEORGE TOWN: Seorang lelaki rakyat Vietnam dijumpai mati
dipercayai akibat ditikam di persimpangan lampu isyarat Jalan C.Y Choy di sini
malam Isnin.
Mayat
Nguyen Van Phuong, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah
dengan kesan cedera parah di rusuk kiri.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata menurut saksi
kejadian, lelaki itu dikatakan dikejar seorang lelaki kira-kira pukul 11 malam.
"Mangsa
bekerja di pasar berdekatan lokasi kejadian. Polis turut menemui sebilah pisau
dan beberapa biji epal di dalam poket seluarnya, bagaimanapun kami percaya
pisau itu bukan senjata pembunuhan," katanya kepada pemberita di sini
Selasa.
Beliau
berkata sebuah basikal turut dijumpai tidak jauh dari kawasan kejadian dan
polis masih menyiasat sama ada kenderaan itu milik suspek atau mangsa.
Mazlan
berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat
dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu
tampil atau menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.