DUNGUN – Seorang peniaga haiwan
peliharaan kerugian lebih RM5,000 apabila wang tunai dan barang kemas miliknya
lesap dikebas pencuri.
Kejadian dipercayai berlaku ketika
pengadu tiada di rumah dan hanya disedari adik iparnya sebaik bangun tidur
untuk bersiap ke tempat kerja, selepas melihat bilik tidur dalam keadaan
berselerak.
Pengadu yang ketika itu tiada di rumah
kerana bermalam di rumah bapanya dekat Jalan Bunga Raya, bergegas pulang sebaik
dimaklumkan adik iparnya itu.
Pemeriksaan lanjut mendapati, suspek
masuk melalui pintu jeriji berdasarkan kesan umpil.
Difahamkan, suspek turut mengalihkan dan
menutup lampu limpah dipasang pengadu dengan kain untuk memastikan kawasan
sekitar gelap bagi memudahkan suspek menyelinap masuk melalui tingkap berkenaan.
Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dungun dan kes berkenaan masih dalam siasatan.
Mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Dungun dan kes berkenaan masih dalam siasatan.