Isnin, 15 September 2014

Penoreh Getah Ditemui Mati Dibunuh

Gambar hiasan
TAMPIN: Seorang penoreh getah ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah disyaki dibunuh di sebuah kebun getah di Ladang 300 Ekar, Air Kuning Selatan dekat sini, pagi Ahad.
Mayat K. Arumugam, 50, ditemui pada kira-kira 2 pagi oleh majikannya dengan kesan luka di bahagian kepala dan belakang badan serta muka berdarah.
Selain itu, terdapat kesan tompokan darah kira-kira 10 meter dari mangsa.
Difahamkan mangsa telah bekerja dengan majikannya sebagai penoreh getah sejak empat tahun lalu dan baharu mengembala kambing sejak tiga bulan lepas.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Supt Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...