Jumaat, 12 September 2014

Polis Marin tumpas kegiatan seludup rokok di Batu Pahat


JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok pelbagai jenis, kira-kira dua batu nautika dari Pantai Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat, malam tadi.
Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata sehubungan dengan itu, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga Indonesia berusia linkungan 23 hingga 39 tahun dalam tangkapan pada pukul 11.30 malam itu.
Khon Chiang berkata, pihaknya mengesan sebuah bot yang mencurigakan melalui kawasan perairan itu dari arah negara jiran menuju ke Pantai Parit Botak.
"Anggota polis marin telah menghampiri bot berkenaan untuk membuat pemeriksaan tetapi mereka telah memecut dan cuba melarikan diri. Kami berjaya menahan bot berkenaan setelah mengejarnya selama 15 minit,” kata beliau dalam satu sidang media, di sini hari ini.
Khon Chiang berkata, pihaknya turut merampas kira-kira 39,400 kotak rokok pelbagai jenis dengan anggaran nilai cukai sebanyak RM346,459.68. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...