Selasa, 14 Oktober 2014

"AH LONG" SEMAKIN GANAS ???


JOHOR BAHARULima rumah di sekitar bandar raya ini dan Kulaijaya mengalami kerosakan kecil akibat dilempar bom botol atau 'molotov cocktail' dalam kejadian dua hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kejadian terbabit dipercayai dilakukan oleh along dan berlaku antara 12 tengah malam dan 4 pagi.

"Kejadian melibatkan rumah di kawasan Johor Baharu Selatan, Nusajaya dan Kulaijaya. Ia dipercayai dilakukan along untuk menakutkan para peminjam yang dipercayai gagal membayar pinjaman mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Selasa.


Ismail berkata, kejadian itu, bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.

Beliau berkata, sehubungan itu, pihaknya kini sedang melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

"Kita memberi amaran kepada para peminjam wang bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka menggunakan kaedah yang melanggar undang-undang," katanya.

Orang ramai dalam masa yang sama juga dinasihatkan supaya tidak meminjam wang daripada along bagi mengelakkan implikasi buruk, katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...