Rabu, 5 November 2014

Kertas UPSR Bocor: Dua Guru Akan Didakwa


KUALA LUMPUR: Dua guru lelaki dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Rabu berhubung kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor pada bulan September.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan bahawa dua guru terbabit akan dibawa ke mahkamah di Seremban untuk memberi jawapan berhubung dakwaan tersebut.


Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi kerana memiliki rahsia rasmi dan menyampaikan maklumat tersebut kepada orang lain.

Kesalahan itu membawa hukuman penjara antara satu dan tujuh tahun.

Seramai 14 orang yang terdiri daripada 12 orang guru, seorang agen insurans dan seorang jurutera telah ditahan berikutan laporan bahawa kertas Sains dan Bahasa Inggeris UPSR telah bocor pada pertengahan bulan September.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada 22 September.

Ini diikuti dengan kebocoran kertas Bahasa Tamil dan Matematik.


Lebih daripada 470,000 murid di seluruh negara terpaksa menduduki semula peperiksaan yang disebabkan oleh kebocoran kertas soalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...