Jumaat, 6 Februari 2015

Kasino’ di dalam kebun sayur


Ipoh: “Tolong jangan ambil gambar saya, sebab ibu saya sudah berusia 80 tahun dan ada sakit jantung, nanti jika dia tengok dalam surat khabar mungkin akan terkejut dan mati,” kata kaki judi yang diberkas polis dalam serbuan di sebuah ‘kasino’ di dalam kebun sayur di Chandan Desa, Simpang Pulai, di sini petang semalam.

Lelaki terbabit antara 31 kaki judi berusia 28 hingga 60-an yang ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).


Dalam serbuan jam 3.30 petang itu, polis turut merampas wang tunai RM27,130 dan sejumlah 547 cip pelbagai nilai (RM10, RM50 dan RM100) yang keseluruhannya bernilai RM21, 350, selain meja judi serta pelbagai perlatan lain termasuk kipas dan set genarator.

Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 Bukit Aman Deputi Superintendan Tan Tin Heng berkata, kesemua kaki judi yang ditahan membabitkan 28 lelaki dan tiga wanita terdiri daripada warga tempatan sekitar bandaraya Ipoh.


“Serbuan dilakukan lima pegawai serta 30 anggota D7 Bukit Aman dibantu anggota IPK Perak dan ketika serbuan dijalankan terdapat kaki judi yang cuba melarikan diri ke kawasan ladang jagung berhampiran, namun gagal kerana pihak polis sudah mengepung kawasan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...