Ipoh: “Tolong jangan ambil gambar saya, sebab ibu saya
sudah berusia 80 tahun dan ada sakit jantung, nanti jika dia tengok dalam surat
khabar mungkin akan terkejut dan mati,” kata kaki judi yang diberkas polis
dalam serbuan di sebuah ‘kasino’ di dalam kebun sayur di Chandan Desa, Simpang
Pulai, di sini petang semalam.
Lelaki terbabit antara 31 kaki judi berusia 28 hingga
60-an yang ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Bahagian
Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK).
