Rabu, 4 Mac 2015

Ejen Wanita IS Antara Tiga Ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dan dua lelaki termasuk pegawai kerajaan berusia 39 tahun ditahan kerana didakwa ada kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).
Suspek berusia antara 22 tahun dan 29 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan di Johor, Perak dan Kuala Lumpur antara 28 Februari dan 2 Mac yang dilakukan Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata wanita tersebut yang berusia 29 tahun merupakan seorang suri rumah dan berasal dari Johor dipercayai bertanggungjawab merekrut individu lain untuk menyertai IS.
"Suspek kedua, seorang peniaga berusia 22 tahun dari Perak dipercayai membiayai mereka yang ingin berlepas ke Syria untuk menyertai IS.
"Suspek ketiga seorang pegawai kerajaan berusia 39 tahun dikenali pasti sebagai salah seorang ahli kanan IS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelas beliau, Bukit Aman tidak akan membiarkan Malaysia menjadi sarang pengganas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...