Rabu, 1 April 2015

3 penjenayah ditembak mati di Ipoh

Gambar hiasan

IPOH 31 Mac - Tiga penjenayah yang dikehendaki polis maut dalam kejadian berbalas tembakan di Kampung Simee di sini hari ini.

Difahamkan kesemua penjenayah itu dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah termasuk samun dan rompakan di sekitar bandar ini dan tempat lain.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3 petang itu, kesemua suspek mati di tempat kejadian manakala senjata api berjaya dirampas.

Sumber berkata, penjenayah terbabit yang menyedari telah diekori bertindak melepaskan tembakan ke arah polis terlebih dahulu.

Ini menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi kenyataan di Twitternya memuji kejayaan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Perak kerana menumpaskan tiga penjenayah itu.

Beliau memberitahu, dua senjata api turut dirampas dalam kejadian di Kampung Simee di sini.

“Syabas Stafoc dan CID PERAK@PDRMsia baru sahaja tumpaskan 3 penjenayah ganas di Kampung Simee, Ipoh. 2 senjata api dirampas. Go PDRM Go,’’ katanya dalam Twitternya.


Sementara itu, difahamkan Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh akan mengadakan sidang akhbar berhubung kes tersebut esok. - UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...