Rabu, 10 Februari 2016

PDRM cadang naikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menaikkan kadar kompaun kesalahan lalu lintas berikutan jumlah kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, cadangan itu dilakukan susulan sikap pengguna jalan raya yang tidak peduli dengan kadar kompaun sedia ada.
Menurutnya, meskipun Op Selamat 8 telah memasuki hari ke-10 namun, tiada sebarang perubahan dalam pengurangan kadar kemalangan.

"Walaupun pelbagai operasi dilakukan untuk menangani kadar kemalangan namun, ia tidak menunjukkan sebarang kesan.

"Kita akan cadangkan perkara ini kepada pihak kerajaan bagi membolehkan ia dilaksanakan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Kereta Perodua Axia di Lobi Menara 1 Bukit Aman sebentar tadi. - K!ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...