Rabu, 10 Februari 2016

Warga emas maut dipukul penjenayah

KLANG - Seorang warga emas maut dipercayai dipukul ketika cuba menghalang penjenayah yang cuba menyamun di rumahnya di Jalan Datang 35C, Taman Sentosa di sini hari ini.
Mangsa, Ong Chock Meng, 87, ditemui anak lelaki mangsa selepas menerima panggilan telefon daripada jirannya kira-kira pukul 7.30 pagi tadi memaklumkan pintu depan rumah bapanya terbuka selepas dipercayai diumpil oleh penjenayah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak berkata, siasatan mendapati terdapat kesan umpilan pada pintu jeriji dan mayat mangsa ditemui di tangga atas dalam keadaan terbaring.
"Kejadian dipercayai bermotifkan samun namun polis masih meneruskan siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...