Selasa, 29 Mac 2016

Anak Polis Mati Lemas Di Taman Tema Air Rantau Eco Park

SEREMBAN – Kunjungan sebuah ke­luarga ke taman tema air Rantau Eco Park di sini kelmarin untuk berkelah sempena cuti hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas di kolam.
Mohamad Thaqif Nur Iqbal Mohd. Hizzuad, 5, yang lemas di kolam disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini. Difahamkan Mohamad Thaqif merupakan anak anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor.
Selain Mohamad Thaqif, dua sepupunya yang turut lemas berjaya diselamatkan.

Mereka ialah Muhammad Naufal Zaifull Nizam, 6, dan Shairazy Nur Fil Md. Najib, 5. Naufal masih dirawat di Wad Pediatrik HTJ manakala Shairazy sudah dibenarkan keluar hospital petang semalam.

Mohamad Thaqif dari Cheras, Kuala Lumpur dikatakan pergi ke taman tema berkenaan bersama keluarga ibu saudaranya termasuk dua sepupunya.
Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...