Isnin, 28 Mac 2016

Ketua Polis Negara arah Tony Pua disiasat

KUALA LUMPUR 27 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Pusat Tindakan Siasatan Siber Polis (PCIRC) memang­gil dan menyiasat Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung catatan di akaun Twitternya semalam berhubung satu keputusan mahkamah.

Beliau menerusi laman Twitter rasminya berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dipercayai sengaja memutarbelitkan fakta kes mahkamah membabitkan kematian Aminulrasyid Amzah bertujuan mengelirukan rakyat.

“PCIRC@PDRMsia. Tweet ini sengaja memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan rakyat.


“Panggil orang ini dan siasat,” katanya sambil menyiarkan gambar kenyataan Tony itu.

Tony dalam kenyataan dalam laman Twitter dan Facebook rasminya semalam berkata: “Samseng ini memberitahu Aminulrasyid 14 tahun ditembak oleh polis kerana terdapat senjata berbahaya dalam keretanya.

“Sekarang didapati tiada bukti polis bertindak selepas mendapati parang di dalam kereta dan hakim memutuskan bahawa Ketua Polis Negara bersalah atas kesalahan yang dilakukan.


“Dan dia menolak untuk me­lakukan perkara yang baik me­minta maaf kepada keluarga mangsa,” ujarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...