
SHAH ALAM, 16 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan
bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang
peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di
kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.
Ketua
Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah
Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11,
Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141,
Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.