Hospital Malaysia tidak terlibat
KUALA LUMPUR 11 Jun - Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menafikan dakwaan bahawa hospital di negara ini menjalankan
aktiviti pemindahan organ manusia secara haram.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,
Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, laporan beberapa akhbar dan
agensi berita tahun lalu yang memetik kenyataan dua lelaki warga
Bangladesh mendakwa hospital di negara ini menjalankan aktiviti tersebut
adalah tidak benar.