AYER
KEROH: Seorang bekas
pembantu kewangan Perbadanan
Muzium Melaka (PERZIM) didakwa di
Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap 19 pertuduhan pecah amanah
membabitkan hasil jualan tiket berjumlah RM23,100 dari Januari hingga Disember tahun lalu.
Tertuduh Siti Nurul Asyikin Abdul Nasir, 31, dari Taman
Indah Seksyen 3, Padang Jambu, Melaka, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan
minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim
Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
