Memaparkan catatan dengan label Perbadanan Muzium Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbadanan Muzium Melaka. Papar semua catatan

Khamis, 2 Jun 2016

Wanita didakwa pecah amanah RM23,100 hasil jualan tiket

AYER KEROH: Seorang bekas pembantu kewangan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap 19 pertuduhan pecah amanah membabitkan hasil jualan tiket berjumlah RM23,100 dari Januari hingga Disember tahun lalu.

Tertuduh Siti Nurul Asyikin Abdul Nasir, 31, dari Taman Indah Seksyen 3, Padang Jambu, Melaka, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...