KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dikenal ‘Pian
Pendek’ akhirnya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret
Kuala Terengganu, di sini, semalam, kerana melakukan pecah rumah dan melarikan
diri dari lokap mahkamah.
Keputusan itu dibuat Majistret Rozianti Mohamed
Hanaphi selepas Pian Pendek atau nama sebenarnya, Mohd Safian Ali, 28,
dari Kampung Dusun, Kuala Ibai, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan
mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan
kerana tentangan atau galangan oleh seseorang terhadap penangkapan yang sah di
sisi undang-undang atas dirinya.
