KUALA LUMPUR: Persidangan
Dewan Negara diberitahu bahawa polis membuka 14 kertas siasatan berkaitan
kesalahan penyebaran fitnah di laman sosial dan siber, pada tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku
Jaafar berkata, daripada jumlah itu lima kes masih dalam siasatan dan dua kes
telah didakwa di mahkamah.
"Bagi kes yang dituduh di mahkamah, satu kes masih
dalam perbicaraan dengan diberi jamin RM4,000 dan satu kes telah dijatuhkan
hukuman denda RM10,500 pada 20 November 2014," katanya menjawab soalan
Senator Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di sini, Isnin.