Khamis, 10 Januari 2013

JMM minta SPRM siasat blog kononnya PM tidak sihat


KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat artikel yang disiarkan sebuah blog berhubung kesihatan Perdana Menteri kerana mendakwa terdapat unsur penulis dibayar pihak tertentu untuk memfitnah pemimpin nombor satu negara.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah, berkata pihaknya percaya terdapat individu tertentu di kalangan pemimpin politik yang membayar penulis blog untuk menyebarkan fitnah. 
"Saya rasa blog ini menyebarkan fitnah dengan cubaan mengelirukan rakyat untuk kepentingan pihak yang saya tidak ketahui. 

"Justeru, kami menuntut SPRM memulakan siasatan terhadap penulis dan mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

"Kami juga akan mengemukakan beberapa bukti kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui media sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...